Tuesday, July 28, 2009

Kisah jual kerongsang

Sabtu lepas, saya ke rumah sepupu di Batang Kali. Saja pergi jalan-jalan. tunjuk kat dia kerongsang yang saya jual. Tup-tup dia nak ambil kerongsang tu dan nak jual di tempat kerja dia. Oklah, saya bagi dia sekotak ada dua tiga jenis kerongsang. Isnin pagi dia call bagitahu camana nak jual kerongsang ni dah ada banyak orang jual kat merata-rata katanya. Saya pun confuse jugalah sebab setahu saya yang ada kat kedai kerongsang jenis kristal. Yang saya jual ni susah sikit nak jumpa. Akhirnya saya cakap kalau susah nak jual pulanglah balik kat saya. Petang tadi dia call cakap dia dah dapat jual 20 pasang. Amboi... dalam susah-susah nak jual tu, banyak juga yang terjual. Mengalahkan saya masa mula-mula jual benda ni. Macam-macam hal la...

No comments:

Post a Comment