Wednesday, October 7, 2009

lama tak jumpa...

Sibuk sangat kebelakangan ni. Tak habis-habis kerja di tempat kerja.Kadang-kadang rasa tension jg. Sampai terbawa-bawa balik ke rumah. Bab bisnes pula, tak sempat nak buat betul-betul buat masa sekarang. Slow la skit tp permintaan tetap ada. Nantilah, kot-kot nanti ada apa-apa yang baru saya akan update dari masa ke semasa.

Friday, September 4, 2009

Perencah tomyam

Baru-baru ni ada kawan memperkenalkan perencah tomyam halal dari Thailand. Nak cuba, saya pun belilah sebotol. Sedap juga rasanya. Lagipun senang nak sediakan, tak payah masuk apa-apa pun kecuali perencah ni saja. Rasanya dah cukup sedap. Macam perencah lain, kena juga masukkan serai, cili, daun limau purut dan macam-macam lagilah untuk menambahkan rasanya. Tapi tidak dengan perencah ni. Masukkan perencah tu dan bahan-bahannya dah siap. Senang je.
Member tu cakap kawan dia ambik terus dari Bangkok. Bila dah cuba masak tu saya pun cerita la kat suami pasal perencah tu. Ingat nak jual la. Esoknya saya berseloroh kat member tu nak ambil sekotak nak cuba jual. Biasa la kalau dah otak bisnes ni, nampak benda je ingat nak jual. Balik rumah saya cakap kat suami kata nak ambik jual perencah tu. Suami saya cakap tak payahlah sebab orang punya lidah lain-lain. Susah nak jual katanya.
Tak lama lepas tu, member tu cakap nak bawa perencah yang saya nak tu. Alamak, ingatkan dia nak confirm dulu ngan saya baru nak bawa perencah tu. Rupa-rupanya terus jadi je. Takpelah saya ambil la juga. Seminggu lepas tu ada kawan saya datang rumah hantar barang, saya cerita pasal perencah tu dan bagi dia bau. Dia terus nak ambil 10 botol. Nak jual katanya. Tadi dia datang bagi duit perencah dan ambil lagi balance perencah yang ada, 14 botol semuanya. Alhamdulillah, habis juga perencah tu akhirnya. Itulah kisahnya menjual perencah tom yam...

Wednesday, August 12, 2009

Frozen food (karipap)

Kami membekalkan frozen food ( karipap inti sardin dan kentang ). Sebungkus terdapat 10 biji berharga RM 4.00. Penghantaran adalah PERCUMA untuk pembeli sekitar Sepang, Nilai dan Putrajaya.

Sunday, August 2, 2009

Pelbagai pilihan warna







RM 120 ( disertakan dengan sarung )

Tungku moden magnet

Kami merupakan pengedar kepada tungku moden magnet. Tungku ini merupakan sejenis tungku yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja samada lelaki dan perempuan. Ciri-cirinya ialah :
1. Isipadunya adalah air garam bukit dan gel.
2. Terdapat magnet yang dilekatkan terus pada tungku
3. Boleh di bawa ke mana-mana sahaja
4. Jimat tenaga elektrik. Hanya cas selama 5-8 minit dan panasnya tahan sehingga 2-3 jam.
5. Boleh digunakan selama-lamanya ( dengan penjagaan yang baik )
6. Boleh membantu menangani masalah-masalah berikut :
- sakit perut (senggugut)
- artritis
- sakit kepala
- melegakan sakit leher
- tergeliat
- masalah berat badan dan lain-lain lagi

Tuesday, July 28, 2009

Kisah jual kerongsang

Sabtu lepas, saya ke rumah sepupu di Batang Kali. Saja pergi jalan-jalan. tunjuk kat dia kerongsang yang saya jual. Tup-tup dia nak ambil kerongsang tu dan nak jual di tempat kerja dia. Oklah, saya bagi dia sekotak ada dua tiga jenis kerongsang. Isnin pagi dia call bagitahu camana nak jual kerongsang ni dah ada banyak orang jual kat merata-rata katanya. Saya pun confuse jugalah sebab setahu saya yang ada kat kedai kerongsang jenis kristal. Yang saya jual ni susah sikit nak jumpa. Akhirnya saya cakap kalau susah nak jual pulanglah balik kat saya. Petang tadi dia call cakap dia dah dapat jual 20 pasang. Amboi... dalam susah-susah nak jual tu, banyak juga yang terjual. Mengalahkan saya masa mula-mula jual benda ni. Macam-macam hal la...

Monday, July 27, 2009

Gelang tiger eye



Produk terkini... gelang tiger eye. Terdapat dua jenis. Batu 'tiger eye' kecil dan batu 'tiger eye' besar. Gelang batu 'tiger eye' besar berharga RM30 dan gelang batu 'tiger eye' kecil berharga RM20.